Monday 29 June 2015

ILMU


ILMU



PENGERTIAN ILMU DALAM ISLAM

Tuntutlah Ilmu

Prof Dr Syed Naquib Alattas telah mendefinisikan ilmu sebagai ketibaaan makna dalam diri seseorangan yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi.

Secara ringkasnya :

Pengertian ilmu :-

 Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.

 Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.


                             Perbezaan pengertian Ilmu antara Islam dan Barat

  • ilmu Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain diluar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara auti matrik ajaran agma terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.



  • Islam mengabungkan agama dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam islam malah  agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antarnya Al-quran, Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain.Ilmu merupakan teras dalam sistem pendidikan islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturnkan kepada nabi Muhammad saw.